Varian Delta : Paling Dominan Di Malaysia

SIMPTOM-SIMPTOM BAHARU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:

Kuala Lumpur: Varian delta Covid-19 kini paling dominan di negara ini, ia terbukti hasil penjujukan genom dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga di makmal lain. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, kes harian Covid-19 makin meningkat kerana negara berdepan dengan varian yang baharu. Seperti diketahui umum, katanya, tahun lalu varian yang utama atau strain yang dominan adalah dari Sivagangga dan dapat dikawal. “Tetapi dengan peralihan varian mutasi baharu ini, kadar kebolehjangkitan antara varian-varian itu berbeza. “Varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan yang mengambil masa untuk landai. Jika strain Wuhan yang awal dahulu, kadar kebolehjangkitan kira-kira 2 ke 3 atau 2.5 “Tetapi apabila kita kata varian Delta, kebolehjangkitan dianggarkan antara 5 ke 8,” katanya dalam sidang media khas KKM di Putrajaya, hari ini

 

Dr Hishamshah berkata, kes positif yang direkodkan tertinggi ialah sekitar Lembah Klang yang mana dijangkakan jangkitan daripada varian delta mendominasi. “Unjuran KKM berkaitan dengan kenapa kes masih belum menurun dan unjuran dibuat di Institut Kesihatan Negara (NIH) kita lihat kes harian Covid-19 makin meningkat kerana kita berdepan dengan varian yang baru. “Malaysia menjalankan 1,668 jujukan genom virus Covid-19 sehingga 22 Julai dan mengesan 409 jujukan jenis varian yang membimbangkan (VOC) membabitkan Delta, Beta dan Alpha,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan jumlah penjujukan genom akan meningkat dengan penubuhan konsortium tujuh makmal di KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). “Kita akan meningkatkan lagi penjujukan genom kepada 1,000 sebulan, dengan itu kita akan dapat lebih lagi terperinci maklumat mengenai penyebaran varian di negara ini,” katanya. Untuk rekod, semalam kes harian Covid-19 kali pertama melepasi angka 20,000 iaitu 20,596 kes sekali gus catatan tertinggi setakat ini.

Artikel Terbaru

-20%

World Leader in Vaccination for Life!

Mauris ut hendrerit diam. Sed eget blandit purus. Quisque dignissim non nisl aliquam faucibus

Get Discount Coupon Here

Sign up to On-line Consultation:

Pellentesque non dignissim metus. Fusce vitae ex turpis. Pellentesque auctor vulputate

Morbi gravida volutpat tempor. Duis velit ex, dapibus id arcu vitae, tincidunt suscipit lorem. Phasellus consectetur a metus at vehicula. Suspendisse dictum